WELCOME

Selamat Datang Ke Web Rasmi SK Jerantut

SEJARAH SEKOLAH






Sekolah Kebangsaan Jerantut ini telah di buka pada 7 Januari 1957 di Kampung Baru Sungai Jan, Jerantut dan dinamakan SEKOLAH INGGERIS KERAJAAN. Pada ketika itu, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri dan dihubungkan bersama perpustakaan Umum (Public Library) serta menggunakan bangunan Dewan Masyarakat Cina (Chinese Community Hall) di situ. Bangunan itu adalah bangunan tua yang terletak di atas tanah (tidak bertingkat) berlantaikan simen, tiada berdinding dan beratapkan zink yang bocor di beberapa tempat sewaktu hujan. Kebersihan dijaga oleh seorang cina tua yang telah sedia ada bertugas menjaga kebersihan bangunan tersebut.

Sekarang Sekolah Kebangsaan Jerantut mempunyai 5 blok bangunan yang mempunyai kemudahan dan kelengkapan untuk kelas dan juga kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran. Penjagaan kebersihan sekolah dilaksanakan oleh syarikat swasta yang menyediakan pekerja-pekerja swasta seramai 5 orang untuk menguruskan kebersihan.

No comments:

Post a Comment